Tuesday, March 9, 2010

UPDATE : Perubahan tempat tinggal

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog...

Di sini saya ada update terbaru tentang perjalanan program BISMI yang kita akan hadapi kurang sebulan dari sekarang..

Terdapat perubahan pada tempat penginapan. Untuk pengetahuan semua, para peserta BISMI akan dibahagikan kepada beberapa keluarga angkat yang terdiri daripada penduduk Kg. Kuala Teriang. Pada mulanya kami bercadang semua peserta ditempatkan di rumah2 keluarga angkat masing2.

Namun begitu, setelah beberapa perbincangan dilakukan kami mengambil keputusan untuk menukar tempat penginapan peserta BISMI ke Langkawi Guest House milik LIC.

Program anak angkat akan berjalan seperti biasa. Suasana kampung masih sama oleh kerana guesthouse tersebut dikelilingi rumah2 org kampung berhampiran sawah padi.

Langkawi Guest House dimiliki oleh LIC Travel & Tours. Terletak di Kuala Teriang; 8 minit masa memandu dari Langkawi International Airport dan 20 minit masa memandu dari Jeti Kuah.



Bilik-bilik peserta dan tandas

Program anak angkat akan berjalan seperti biasa. Suasana kampung masih sama oleh kerana guesthouse tersebut dikelilingi rumah2 org kampung berhampiran sawah padi. Harap maklum. Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment